Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kerajaan Malaysia harus menghentikan kempen anti Syiah demi kepentingan politik kerana ia sama seperti kezaliman, kata peguam Lawyer for Liberty (LFL).Sambil menceritakan beberapa insiden sebelum ini, kumpulan pro hak asasi itu berkata, mereka mengesan percubaan mengharamkan Syiah dan sekali tidak langsung menjadikannya jenayah."Kami melihatnya selari dengan pendakwaan di Myanmar terhadap orang Islam oleh negara majoriti Buddha, yang sangat sedikit tujuannya untuk mempertahankan penganut Buddha atau Buddhisme, tetapi semata-mata demi kepentingan politik."Lawyers for Liberty oleh itu menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agama berhenti membuli dan mengganggu masyarakat Muslim Syiah, yang jika diteruskan akan mendorong kepada vigilantisme agama dan keganasan terhadap fahaman Syiah, seperti dilihat di Pakistan, Indonesia dan Mesir," kata pengasas bersama LFL Eric Paulsen.Insiden dibangkitkan LFL, antaranya pendakwaan terdapat dua individu di Perak kerana memiliki bahan bacaan Syiah, kenyataan polis mengaitkan fahaman itu dengan sikap militan dan serangan kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
18 Disember 2013 - 20:30
News ID: 490073
Kezaliman terhadap Syiah sama seperti penindasan muslimin Myanmar.